Rancangan Malaysia ke-10 Soalan Parlimen/Parliamentary QuestionsKenyataan Media/Media Statements

Wednesday, June 23, 2010

Soalan Parlimen: Perincian keuntungan/kerugian tahunan Kumpulan Sime Darby Bhd, Golden Hope Plantation Bhd dan Kumpulan Guthrie Bhd.

SOALAN: Tuan YB Wee Choo Keong (Wangsa Maju) minta Menteri Kewangan menyatakan perincian jumlah kerugian tahunan Sime Darby Bhd dan anak-anak syarikatnya termasuk Golden Hope dan lain-lain sejak dari 1989 hingga 2009 dan tindakan-tindakan yang diambil bagi mengatasi masalah kerugian pada setiap tahun tersebut, mengapa hanya Pengarah Urusan yang diarahkan untuk bercuti kerana lebihan kos (cost overruns) yang melebihi RM1 billion bagi projek elektrik hidro Bakun dan tindakan-tindakan yang telah diambil terhadap mereka yang terbabit menyebabkan lebihan kos (cost overruns) ini sama ada perkara telah dilaporkan kepada MACC dan apakah langkah-langkah yang dikenal pasti bagi mengelak kelemahan pentadbiran yang serupa lagi di Sime Darby.


JAWAPAN:

Tuan Yang DiPertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, perincian keuntungan/kerugian tahunan Kumpulan Sime Darby Bhd (Sime Darby), Golden Hope Plantation Bhd (Golden Hope) dan Kumpulan Guthrie Bhd (Guthrie) adalah seperti berikut:



Berikutan keputusan kewangan Bahagian Tenaga & Utiliti bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2009, Lembaga Pengarah Sime Darby pada Oktober 2009 telah mewujudkan satu Jawatankuasa Kerja untuk mengkaji semula operasi bahagian tersebut termasuk Project Qatar Petroleum, Project Maersk Oil Qatar (MOQ), Projek pembinaan vessel-vessel untuk digunakan dalam projek MOQ dan Projek empangan hidroelektrik Bakun. Selepas fasa pertama kajian semula tersebut selesai, Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan telah didapati bertanggungjawab ke atas kerugian yang berlaku. Namun kajian masih berterusan dan tindakan yang perlu akan diambil berdasarkan laporan Jawatankuasa Kerja yang dilantik oleh Lembaga Pengarah Sime Darby bagi menentukan sebab-sebab dan jumlah kerugian Bahagian tersebut.

Pada 27 Mei 2010, Sime Darby telah mengumumkan fasa kedua kajian semula dengan penilaian secara menyeluruh struktur organisasi dan pelaporan Kumpulan. Ini merupakan susulan dari penemuan-penemuan Jawatankuasa Kerja tersebut. Kelemahan-kelemahan dalam bidang pengurusan, organisasi dan pelaporan telah dibangkitkan oleh Jawatankuasa Kerja dan beberapa syor telah diajukan untuk menanganinya.

Sehubungan itu, Lembaga Pengarah telah mencadangkan struktur pelaporan dan organisasi dan melantik perunding-perunding untuk mengkaji cadangan berkenaan. Selain itu, sebuah firma guaman bebas telah dilantik untuk melaksanakan penyiasatan susulan untuk menentukan kepertanggungjawaban (culpability) berdasarkan kepada penemuan oleh Jawatankuasa Kerja ke atas empat projek utama Bahagian Tenaga & Utiliti; iaitu Projek QP, Projek MOQ, Projek Marin dan Projek empangan hidroelektrik Bakun.