Rancangan Malaysia ke-10 Soalan Parlimen/Parliamentary QuestionsKenyataan Media/Media Statements
Showing posts with label Wee Choo Keong. Show all posts
Showing posts with label Wee Choo Keong. Show all posts

Thursday, July 8, 2010

Teks soaljawab ketika membahas Rang Undang-Undang Mahkamah Rendah (Pindaan 2010) di Dewan Rakyat

Tindakan Suruhanjaya Sekuriti Mengugut Wartawan Amat Tidak Beretika dan Tidak Boleh Diterima Umum

Tuan Yang Di-Pertua,

Kita semua maklum mengenai siri siasatan Suruhanjaya Sekuriti (SC) yang agak ganas dan keras keatas empat orang ‘business reporter’ (dengan izin) berhubung laporan akhbar berkenaan penjualan saham Kenmark Industrial Co (M) Bhd.

Nampak nyata dalam isu penyiasatan yang dianggap terlampau ini, Suruhanjaya Sekuriti telah melampaui batas dan menyalahgunakan Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 khususnya Seksyen 134 dan cuba menakut dan mengancam wartawan professional daripada menjalankan tugas mereka tanpa sebarang gangguan. Timbul juga persoalan, kenapa SC bertindak sebagai samseng dan menidakkan hak wartawan-wartawan terbabit.

Wednesday, July 7, 2010

Soalan Parlimen: Kontrak penswastaan untuk mengambil alih operasi tol jalan

SOALAN: Tuan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) minta Perdana Menteri menyatakan sama ada Kementerian telah meluluskan satu kontrak penswastaan kepada Asas Serba Sdn Bhd atau syarikat untuk mengambil alih operasi tol jalan daripada PLUS (serta) memohon Kementerian memberi syarat-syarat penting di dalam kontrak tersebut dan sama ada kontrak dianugerahkan secara tender terbuka kepada syarikat tersebut.

Wednesday, June 30, 2010

Soalan Parlimen: Ketidaksamarataan di Mahkamah

SOALAN: Tuan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) minta Perdana Menteri menyatakan bagaimana polisi 1Malaysia hendak dicapai di Mahkamah Rendah Kuala Lumpur di mana kesemua 22 majistretnya adalah Melayu, manakala dari 23 Hakim di Mahkamah Sesyen kesemuanya Melayu, kecuali 3 orang berketurunan India dan juga memberi jumlah mengikut komposisi kaum bagi majistret-majistret dan hakim-hakim Mahkamah Sesyen di seluruh negara sehingga 6 Jun 2010.

Thursday, June 24, 2010

Soalan Parlimen: Tindakan SPRM ke atas laporan berhubung skandal perlombongan pasir

SOALAN: Tuan YB Wee Choo Keong (Wangsa Maju) minta Perdana Menteri menyatakan apakah tindakan-tindakan yang telah atau akan diambil oleh SPRM ke atas laporan yang dibuat oleh YB Kapar berhubung skandal perlombongan pasir yang melibatkan Kumpulan Semesta Sdn Bhd.

Wednesday, June 23, 2010

Soalan Parlimen: Perincian keuntungan/kerugian tahunan Kumpulan Sime Darby Bhd, Golden Hope Plantation Bhd dan Kumpulan Guthrie Bhd.

SOALAN: Tuan YB Wee Choo Keong (Wangsa Maju) minta Menteri Kewangan menyatakan perincian jumlah kerugian tahunan Sime Darby Bhd dan anak-anak syarikatnya termasuk Golden Hope dan lain-lain sejak dari 1989 hingga 2009 dan tindakan-tindakan yang diambil bagi mengatasi masalah kerugian pada setiap tahun tersebut, mengapa hanya Pengarah Urusan yang diarahkan untuk bercuti kerana lebihan kos (cost overruns) yang melebihi RM1 billion bagi projek elektrik hidro Bakun dan tindakan-tindakan yang telah diambil terhadap mereka yang terbabit menyebabkan lebihan kos (cost overruns) ini sama ada perkara telah dilaporkan kepada MACC dan apakah langkah-langkah yang dikenal pasti bagi mengelak kelemahan pentadbiran yang serupa lagi di Sime Darby.

Monday, June 21, 2010

Soalan Parlimen: Adakah keselamatan setiap pesawat penerbangan tambang murah yang beroperasi di LCCT atau berlepas dari LCCT di audit secara berterusan oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA)?

SOALAN: Tuan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) minta Menteri Pengangkutan menjelaskan adakah keselamatan setiap pesawat penerbangan tambang murah seperti AirAsia, Jetstar, Tiger Air dan lain-lain yang beroperasi di LCCT atau berlepas dari LCCT di audit secara berterusan oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) sebagaimana kesemua pesawat penerbangan antarabangsa termasuk MAS yang bernaung di bawah IATA diaudit secara berterusan oleh IATA Operational Safety Audit (IOSA). Jika ada, apakah prosedur auditing dan berapa kerapkah pesawat penerbangan tambang murah ini di audit oleh DCA?

Thursday, June 17, 2010

Soalan Parlimen: Tindakan Kementerian Dalam Negeri bagi membendung peningkatan kadar jenayah

SOALAN: Tuan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) minta Menteri Dalam Negeri menyatakan selain daripada merekrut lebih ramai anggota polis, apakah tindakan lain yang diambil oleh Kementerian bagi membendung peningkatan kadar jenayah di negara ini, terutamanya di Wangsa Maju dan bilakah Kementerian bercadang menambah bilangan anggota di Balai Polis Wangsa Maju.

Tuesday, June 15, 2010

Soalan Parlimen: Definasi 1Malaysia dan Model Baru Ekonomi oleh YAB Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri

SOALAN: Tuan YB Wee Choo Keong (Wangsa Maju) minta Perdana Menteri untuk menjelaskan definisi polisi 1Malaysia sedangkan masyarakat terus ditafsirkan sebagai Bumiputra dan Bukan Bumiputra serta bagaimana Model Baru Ekonomi dapat menstrukturkan semula Malaysia kearah menjadi masyarakat yang adil dan saksama supaya perbezaan kaum tidak lagi menjadi sebab untuk membezakan sesama rakyat Malaysia?

Tuesday, June 8, 2010

Soalan Parlimen: Berapakah jumlah keseluruhan cukai Lapangan Terbang (Airport Tax) yang disimpan oleh Air Asia?

SOALAN: Tuan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) minta Menteri Pengangkutan menyatakan sama ada Kementeriannya maklum tindakan AirAsia (AA) menyimpan cukai Lapangan Terbang (Airport Tax) yang telah dikutip dari penumpang sedangkan penumpang itu gagal menggunakan perkhidmatan yang disediakan.

Berapakah jumlah keseluruhan cukai tersebut yang disimpan oleh AA serta apakah tindakan yang diambil oleh Kementerian bagi memastikan AA menyerahkan cukai yang dipungut itu kepada MAHB tanpa berlengah lagi.

Monday, June 7, 2010

Soalan Parlimen: Apakah kawalan-kawalan yang diletakkan oleh Kementerian bagi memastikan pelanggan-pelanggan ASTRO tidak dibebankan dengan yuran langganan bulanan yang melampau?

SOALAN: Tuan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) minta Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan menyatakan apakah kawalan-kawalan yang diletakkan oleh Kementerian bagi memastikan pelanggan-pelanggan ASTRO, yang merupakan sebuah monopoli, tidak dibebankan dengan yuran langganan bulanan yang melampau, memberi rebat kepada pelanggannya semasa tiada resepsi waktu hujan dan juga sama ada ASTRO memerlukan kelulusan Kementerian ketika ia menaikkan yuran langganan bulanan.