SOALAN: Dato' Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru) minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan apakah Kerajaan bercadang untuk memperkasakan koperasi-koperasi sebagai wahana pembangunan ekonomi khususnya di luar bandar dan setiap daerah diwujudkan koperasi rakyat dengan dana dibiayai oleh Kerajaan.
Showing posts with label Soalan Parlimen. Show all posts
Showing posts with label Soalan Parlimen. Show all posts
Thursday, July 8, 2010
Wednesday, July 7, 2010
Soalan Parlimen: Kontrak penswastaan untuk mengambil alih operasi tol jalan
SOALAN: Tuan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) minta Perdana Menteri menyatakan sama ada Kementerian telah meluluskan satu kontrak penswastaan kepada Asas Serba Sdn Bhd atau syarikat untuk mengambil alih operasi tol jalan daripada PLUS (serta) memohon Kementerian memberi syarat-syarat penting di dalam kontrak tersebut dan sama ada kontrak dianugerahkan secara tender terbuka kepada syarikat tersebut.
Soalan Parlimen: Pecahan per kapita dalam 10 tahun yang disasarkan
SOALAN: Dato' Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru) minta Perdana Menteri menyatakan bahawa berikutan pelaksanaan Model Baru Ekonomi, apakah pecahan (breakdown) per kapita di dalam jangka masa sepuluh tahun ini yang disasarkan untuk Melayu, Bumiputera (Sabah & Sarawak), Cina dan India.
Monday, July 5, 2010
Soalan Parlimen: Penyeludupan rokok
SOALAN: Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri (Bagan Serai) minta Menteri Kewangan menyatakan:
- Apakah langkah-langkah untuk mengatasi aktiviti penyeludupan rokok yang berleluasa; dan
- Berapakah jumlah tangkapan dan nilai rampasan bagi tahun 2008 hingga kini.
Thursday, July 1, 2010
Soalan Parlimen: Garis panduan untuk menentukan kategori sekolah
SOALAN: Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri (Bagan Serai) minta Menteri Pelajaran menyatakan apakah garis panduan yang diguna pakai oleh Kementerian untuk menentukan sama ada sesebuah sekolah itu dikategorikan sebagai sebuah sekolah bandar atau luar bandar.
Wednesday, June 30, 2010
Soalan Parlimen: Ketidaksamarataan di Mahkamah
SOALAN: Tuan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) minta Perdana Menteri menyatakan bagaimana polisi 1Malaysia hendak dicapai di Mahkamah Rendah Kuala Lumpur di mana kesemua 22 majistretnya adalah Melayu, manakala dari 23 Hakim di Mahkamah Sesyen kesemuanya Melayu, kecuali 3 orang berketurunan India dan juga memberi jumlah mengikut komposisi kaum bagi majistret-majistret dan hakim-hakim Mahkamah Sesyen di seluruh negara sehingga 6 Jun 2010.
Thursday, June 24, 2010
Soalan Parlimen: Tindakan SPRM ke atas laporan berhubung skandal perlombongan pasir
SOALAN: Tuan YB Wee Choo Keong (Wangsa Maju) minta Perdana Menteri menyatakan apakah tindakan-tindakan yang telah atau akan diambil oleh SPRM ke atas laporan yang dibuat oleh YB Kapar berhubung skandal perlombongan pasir yang melibatkan Kumpulan Semesta Sdn Bhd.
Wednesday, June 23, 2010
Soalan Parlimen: Perincian keuntungan/kerugian tahunan Kumpulan Sime Darby Bhd, Golden Hope Plantation Bhd dan Kumpulan Guthrie Bhd.
SOALAN: Tuan YB Wee Choo Keong (Wangsa Maju) minta Menteri Kewangan menyatakan perincian jumlah kerugian tahunan Sime Darby Bhd dan anak-anak syarikatnya termasuk Golden Hope dan lain-lain sejak dari 1989 hingga 2009 dan tindakan-tindakan yang diambil bagi mengatasi masalah kerugian pada setiap tahun tersebut, mengapa hanya Pengarah Urusan yang diarahkan untuk bercuti kerana lebihan kos (cost overruns) yang melebihi RM1 billion bagi projek elektrik hidro Bakun dan tindakan-tindakan yang telah diambil terhadap mereka yang terbabit menyebabkan lebihan kos (cost overruns) ini sama ada perkara telah dilaporkan kepada MACC dan apakah langkah-langkah yang dikenal pasti bagi mengelak kelemahan pentadbiran yang serupa lagi di Sime Darby.
Monday, June 21, 2010
Soalan Parlimen: Adakah keselamatan setiap pesawat penerbangan tambang murah yang beroperasi di LCCT atau berlepas dari LCCT di audit secara berterusan oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA)?
SOALAN: Tuan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) minta Menteri Pengangkutan menjelaskan adakah keselamatan setiap pesawat penerbangan tambang murah seperti AirAsia, Jetstar, Tiger Air dan lain-lain yang beroperasi di LCCT atau berlepas dari LCCT di audit secara berterusan oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) sebagaimana kesemua pesawat penerbangan antarabangsa termasuk MAS yang bernaung di bawah IATA diaudit secara berterusan oleh IATA Operational Safety Audit (IOSA). Jika ada, apakah prosedur auditing dan berapa kerapkah pesawat penerbangan tambang murah ini di audit oleh DCA?
Thursday, June 17, 2010
Soalan Parlimen: Tindakan Kementerian Dalam Negeri bagi membendung peningkatan kadar jenayah
SOALAN: Tuan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) minta Menteri Dalam Negeri menyatakan selain daripada merekrut lebih ramai anggota polis, apakah tindakan lain yang diambil oleh Kementerian bagi membendung peningkatan kadar jenayah di negara ini, terutamanya di Wangsa Maju dan bilakah Kementerian bercadang menambah bilangan anggota di Balai Polis Wangsa Maju.
Tuesday, June 15, 2010
Soalan Parlimen: Definasi 1Malaysia dan Model Baru Ekonomi oleh YAB Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri
SOALAN: Tuan YB Wee Choo Keong (Wangsa Maju) minta Perdana Menteri untuk menjelaskan definisi polisi 1Malaysia sedangkan masyarakat terus ditafsirkan sebagai Bumiputra dan Bukan Bumiputra serta bagaimana Model Baru Ekonomi dapat menstrukturkan semula Malaysia kearah menjadi masyarakat yang adil dan saksama supaya perbezaan kaum tidak lagi menjadi sebab untuk membezakan sesama rakyat Malaysia?
Wednesday, June 9, 2010
Soalan Parlimen: Pilihanraya Kecil, keseimbangan laporan media semasa PRK, memperluaskan undi pos, belanja statik untuk PRK
SOALAN: Saya Zulkifli bin Noordin (Kulim Bandar Baharu) minta Perdana Menteri menyatakan:
1. Adakah Kerajaan bercadang mengkaji undang-undang berkaitan dengan keperluan mengadakan pilihanraya kecil memandangkan kos yang tinggi dan melahirkan suasana politiking yang tidak berkesudahan?
2. Dalam usaha mempertingkatkan kualiti demokrasi di Malaysia, Sarawak tidak lama lagi akan menghadapi pilihanraya negeri. Beribu-ribu anak-anak muda dari Sarawak sedang bekerja di Johor Bharu mahu pun Kuala Lumpur, mereka perlu berbelanja hampir RM1000 jika mahu menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi. Soalan saya apakah kerajaan tidak bercadang untuk mengembangkan atau memperluaskan penggunaan undi pos kepada pengundi yang bekerja diluar kawasan supaya hak mereka tidak terabai, ini menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membentuk persekitaran yang mesra pengundi?
3. Apakah usaha kerajaan untuk mengurangkan belanja besar bagi setiap pilihanraya kecil yang diadakan. Apakah berkemungkinan kerajaan menetapkan jumlah statik bagi perbelanjaan kerajaan untuk sesebuah pilihanraya kecil supaya tidak berlaku perbelanjaan berlebihan diluar kawalan. Sebagai menghormati rakyat yang membayar cukai, pembaziran mesti dielakkan.
4. Apakah kerajaan mempunyai perancangan untuk membuat rombakan sistem pengurusan pilihanraya sedia ada yang menyebabkan kerajaan terpaksa berbelanja besar dengan membentuk sistem pengurusan pilihanraya yang lebih sistematik, belanja murah tidak bazir duit rakyat yang membayar cukai?
2. Adakah Kerajaan bercadang untuk mengkaji supaya sesuatu kerusi yang kosong itu diambil alih oleh parti yang memenanginya dalam sesuatu pilihanraya umum;
Cadangan Soalan Tambahan
1. Sejauhmanakah perancangan kerajaan dalam usaha mempertingkatkan kualiti demokrasi, apakah usaha penambahbaikan kepada tahap professional agensi yang terlibat dengan pilihanraya kecil khususnya dari segi keseimbangan laporan media terhadap calon atau parti bertanding. Saya membawa satu kajian Media Monitoring Report menunjukkan daripada 500 laporan berita musim pilihanraya kecil yang diterbitkan oleh akhbar bercetak 57% adalah laporan positif untuk BN dan 27% adalah laporan negatif untuk PR. Soalannya adakah Menteri bersetuju bahawa laporan media arus perdana tidak seimbang dan tidak adil untuk mereka yang melawan BN dan adakah ini proses demokrasi yang mahu dibanggakan?
Cadangan Soalan Tambahan
2. Dalam usaha mempertingkatkan kualiti demokrasi di Malaysia, Sarawak tidak lama lagi akan menghadapi pilihanraya negeri. Beribu-ribu anak-anak muda dari Sarawak sedang bekerja di Johor Bharu mahu pun Kuala Lumpur, mereka perlu berbelanja hampir RM1000 jika mahu menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi. Soalan saya apakah kerajaan tidak bercadang untuk mengembangkan atau memperluaskan penggunaan undi pos kepada pengundi yang bekerja diluar kawasan supaya hak mereka tidak terabai, ini menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membentuk persekitaran yang mesra pengundi?
3. Apakah usaha kerajaan untuk mengurangkan belanja besar bagi setiap pilihanraya kecil yang diadakan. Apakah berkemungkinan kerajaan menetapkan jumlah statik bagi perbelanjaan kerajaan untuk sesebuah pilihanraya kecil supaya tidak berlaku perbelanjaan berlebihan diluar kawalan. Sebagai menghormati rakyat yang membayar cukai, pembaziran mesti dielakkan.
4. Apakah kerajaan mempunyai perancangan untuk membuat rombakan sistem pengurusan pilihanraya sedia ada yang menyebabkan kerajaan terpaksa berbelanja besar dengan membentuk sistem pengurusan pilihanraya yang lebih sistematik, belanja murah tidak bazir duit rakyat yang membayar cukai?
Tuesday, June 8, 2010
Soalan Parlimen: Berapakah jumlah keseluruhan cukai Lapangan Terbang (Airport Tax) yang disimpan oleh Air Asia?
SOALAN: Tuan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) minta Menteri Pengangkutan menyatakan sama ada Kementeriannya maklum tindakan AirAsia (AA) menyimpan cukai Lapangan Terbang (Airport Tax) yang telah dikutip dari penumpang sedangkan penumpang itu gagal menggunakan perkhidmatan yang disediakan.
Berapakah jumlah keseluruhan cukai tersebut yang disimpan oleh AA serta apakah tindakan yang diambil oleh Kementerian bagi memastikan AA menyerahkan cukai yang dipungut itu kepada MAHB tanpa berlengah lagi.
Berapakah jumlah keseluruhan cukai tersebut yang disimpan oleh AA serta apakah tindakan yang diambil oleh Kementerian bagi memastikan AA menyerahkan cukai yang dipungut itu kepada MAHB tanpa berlengah lagi.
Monday, June 7, 2010
Soalan Parlimen: Apakah kawalan-kawalan yang diletakkan oleh Kementerian bagi memastikan pelanggan-pelanggan ASTRO tidak dibebankan dengan yuran langganan bulanan yang melampau?
SOALAN: Tuan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) minta Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan menyatakan apakah kawalan-kawalan yang diletakkan oleh Kementerian bagi memastikan pelanggan-pelanggan ASTRO, yang merupakan sebuah monopoli, tidak dibebankan dengan yuran langganan bulanan yang melampau, memberi rebat kepada pelanggannya semasa tiada resepsi waktu hujan dan juga sama ada ASTRO memerlukan kelulusan Kementerian ketika ia menaikkan yuran langganan bulanan.
Subscribe to:
Posts (Atom)













