Rancangan Malaysia ke-10 Soalan Parlimen/Parliamentary QuestionsKenyataan Media/Media Statements
Showing posts with label Mohsin Fadzli Samsuri. Show all posts
Showing posts with label Mohsin Fadzli Samsuri. Show all posts

Monday, July 5, 2010

Soalan Parlimen: Penyeludupan rokok

SOALAN: Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri (Bagan Serai) minta Menteri Kewangan menyatakan:
  1. Apakah langkah-langkah untuk mengatasi aktiviti penyeludupan rokok yang berleluasa; dan
  2. Berapakah jumlah tangkapan dan nilai rampasan bagi tahun 2008 hingga kini.




Thursday, July 1, 2010

Soalan Parlimen: Garis panduan untuk menentukan kategori sekolah

SOALAN: Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri (Bagan Serai) minta Menteri Pelajaran menyatakan apakah garis panduan yang diguna pakai oleh Kementerian untuk menentukan sama ada sesebuah sekolah itu dikategorikan sebagai sebuah sekolah bandar atau luar bandar.

Wednesday, June 23, 2010

Teks Ucapan Konsensus Bebas bagi RMK-10: Mempertingkatkan Kualiti Rakyat Melalui Pendidikan, Pembelajaran dan Pencarian Ilmu

Tan Sri Yang Di-Pertua,

Tidak ada makna yang lebih besar bagi Rancangan Malaysia Ke-Sepuluh melainkan kerangka mempertingkatkan kualiti rakyat melalui pendidikan, pembelajaran dan pencarian ilmu. Rancangan Malaysia Ke-Sepuluh menyebutnya sebagai 'Pembangunan Modal Insan'. Saya menyokong penuh kesungguhan kerajaan untuk mempertingkatkan pembangunan modal insan dengan menjadikannya sebagai teras penting bagi perancangan nasional untuk tempoh lima tahun yang akan datang.

Saya sangat terpanggil untuk menggunakan masa suntuk ini dengan memberi reaksi balas kepada hasrat kerajaan untuk memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pendidikan Menengah Rendah (PMR). Kerajaan bercadang mahu memperkenalkan hanya satu peperiksaan awam di peringkat Sijil Pendidikan Malaysia (SPM). Kerajaan mahu mengubah dari sistem pendidikan yang berteraskan peperiksaan semata kepada sistem pendidikan yang lebih holistik sifatnya.