Rancangan Malaysia ke-10 Soalan Parlimen/Parliamentary QuestionsKenyataan Media/Media Statements

Wednesday, June 9, 2010

Soalan Parlimen: Pilihanraya Kecil, keseimbangan laporan media semasa PRK, memperluaskan undi pos, belanja statik untuk PRK

SOALAN: Saya Zulkifli bin Noordin (Kulim Bandar Baharu) minta Perdana Menteri menyatakan:

1. Adakah Kerajaan bercadang mengkaji undang-undang berkaitan dengan keperluan mengadakan pilihanraya kecil memandangkan kos yang tinggi dan melahirkan suasana politiking yang tidak berkesudahan?

2. Adakah Kerajaan bercadang untuk mengkaji supaya sesuatu kerusi yang kosong itu diambil alih oleh parti yang memenanginya dalam sesuatu pilihanraya umum;

    Cadangan Soalan Tambahan

    1. Sejauhmanakah perancangan kerajaan dalam usaha mempertingkatkan kualiti demokrasi, apakah usaha penambahbaikan kepada tahap professional agensi yang terlibat dengan pilihanraya kecil khususnya dari segi keseimbangan laporan media terhadap calon atau parti bertanding. Saya membawa satu kajian Media Monitoring Report menunjukkan daripada 500 laporan berita musim pilihanraya kecil yang diterbitkan oleh akhbar bercetak 57% adalah laporan positif untuk BN dan 27% adalah laporan negatif untuk PR. Soalannya adakah Menteri bersetuju bahawa laporan media arus perdana tidak seimbang dan tidak adil untuk mereka yang melawan BN dan adakah ini proses demokrasi yang mahu dibanggakan?

    2. Dalam usaha mempertingkatkan kualiti demokrasi di Malaysia, Sarawak tidak lama lagi akan menghadapi pilihanraya negeri. Beribu-ribu anak-anak muda dari Sarawak sedang bekerja di Johor Bharu mahu pun Kuala Lumpur, mereka perlu berbelanja hampir RM1000 jika mahu menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi. Soalan saya apakah kerajaan tidak bercadang untuk mengembangkan atau memperluaskan penggunaan undi pos kepada pengundi yang bekerja diluar kawasan supaya hak mereka tidak terabai, ini menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membentuk persekitaran yang mesra pengundi?

    3. Apakah usaha kerajaan untuk mengurangkan belanja besar bagi setiap pilihanraya kecil yang diadakan. Apakah berkemungkinan kerajaan menetapkan jumlah statik bagi perbelanjaan kerajaan untuk sesebuah pilihanraya kecil supaya tidak berlaku perbelanjaan berlebihan diluar kawalan. Sebagai menghormati rakyat yang membayar cukai, pembaziran mesti dielakkan. 

    4. Apakah kerajaan mempunyai perancangan untuk membuat rombakan sistem pengurusan pilihanraya sedia ada yang menyebabkan kerajaan terpaksa berbelanja besar dengan membentuk sistem pengurusan pilihanraya yang lebih sistematik, belanja murah tidak bazir duit rakyat yang membayar cukai?