KENYATAAN MEDIA
untuk edaran segera
Tarikh: 18 Jun 2010
KONSENSUS BEBAS MENDESAK DATO' SERI ANWAR IBRAHIM MENDEDAHKAN BUKTI JIKA ADA
Dato' Seri Anwar Ibrahim telah mendakwa bahawa Ahli Parlimen Konsensus Bebas dibayar RM2 juta oleh UMNO/BN supaya keluar PKR. Beliau juga mendakwa mempunyai bukti kukuh dan akan menunggu masa sesuai untuk membuat pendedahan.
Konsensus mengingatkan Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak menjadikan fitnah dan pembohongan sebagai asas kita berpolitik. Oleh itu, Konsensus Bebas mendesak Dato' Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Permatang Pauh yang juga Ketua Pembangkang bersikap ikhlas dan berani kerana benar untuk mendedahkan bukti jika ada seperti yang beliau dakwa.
Konsensus Bebas tidak mahu Dato' Seri Anwar Ibrahim menjadikan Konsensus Bebas sebagai modal politik beliau untuk mengalih pandangan rakyat umum dari masalah sebenar. Konsensus Bebas bersimpati dengan pelbagai masalah yang beliau hadapi hari ini iaitu kelemahan PKR, kepimpinan beliau yang mula dipersoalkan, peningkatan prestasi cemerlang YAB Perdana Menteri dan sudah tentu yang paling besar ialah kes beliau meliwat Saiful Bukhari yang sedang dalam perbicaraan mahkamah.
Konsensus Bebas meminta kepada rakyat untuk menilai semula tindak-tanduk dan cara Dato' Seri Anwar Ibrahim berpolitik sambil menyifatkan bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim hari ini menjadi sangat berbeza setelah mendapat sedikit kuasa dan sanggup melakukan apa saja untuk mencapai cita-cita beliau untuk menjadi Perdana Menteri.
###