SOALAN: Tuan YB Wee Choo Keong (Wangsa Maju) minta Perdana Menteri menyatakan apakah tindakan-tindakan yang telah atau akan diambil oleh SPRM ke atas laporan yang dibuat oleh YB Kapar berhubung skandal perlombongan pasir yang melibatkan Kumpulan Semesta Sdn Bhd.
JAWAPAN:
Tuan Yang DiPertua,
Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas isu yang dibangkitkan oleh YB Wangsa Maju itu masih lagi dijalankan. Pihak SPRM perlu menjalankan siasatan secara teliti, terperinci dan menyeluruh dalam sesuatu penyiasatan kes rasuah bagi mendapatkan bukti-bukti dan keterangan yang mencukupi. Kertas Siasatan akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya setelah siasatan selesai. SPRM berharap YB Wangsa Maju akan bersabar dan menunggu hasil siasatan yang dijalankan.
SPRM sebelum itu juga telah mengambil tindakan terhadap sindiket mencuri pasir secara haram melibatkan beberapa buah negeri termasuklah di Negeri Selangor. Setakat ini seramai 42 orang telah pun ditangkap dan 22 pertuduhan telah dibuat di Mahkamah.
Sekian. Terima kasih.