Rancangan Malaysia ke-10 Soalan Parlimen/Parliamentary QuestionsKenyataan Media/Media Statements

Wednesday, July 7, 2010

Soalan Parlimen: Kontrak penswastaan untuk mengambil alih operasi tol jalan

SOALAN: Tuan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) minta Perdana Menteri menyatakan sama ada Kementerian telah meluluskan satu kontrak penswastaan kepada Asas Serba Sdn Bhd atau syarikat untuk mengambil alih operasi tol jalan daripada PLUS (serta) memohon Kementerian memberi syarat-syarat penting di dalam kontrak tersebut dan sama ada kontrak dianugerahkan secara tender terbuka kepada syarikat tersebut.


JAWAPAN:

Tuan Yang DiPertua,

Kerajaan tidak meluluskan/menganugerahkan sebarang kontrak penswastaan kepada mana-mana syarikat swasta termasuk Asas Serba Sdn. Bhd. untuk mengambil alih operasi jalan tol daripada PLUS. Suka saya menarik perhatian dewan yang mulia ini bahawa Unit Perancang Ekonomi dan Unit Kerajaan Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri setakat ini belum menerima sebarang permohonan daripada Asas Serba Sdn. Bhd. untuk mengambil alih semua operasi lebuhraya bertol. Dalam hubungan ini, saya telah memaklumkan jawapan tersebut dalam sidang Parlimen yang lepas (Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Parlimen Kedua Belas) ketika menjawab soalan yang sama.