MEDIA STATEMENT
for immediate release
Date: 9 July, 2010
KONSENSUS BEBAS IS NOT INVOLVED IN UMNO SELANGOR'S ROADSHOW
Konsensus Bebas refers to a report in the Malaysian Insider news website dated July 8, 2010 with the headline, "Ex-PKR MPs to lead Umno roadshow in Selangor" and a report published in the Star on July 9, 2010.
The report quoted the Umno Selangor Information Chief claiming two members of Konsensus Bebas, YB Dato’ Seri Zahrain Hashim and YB Zulkifli Noordin will be participating in UMNO Selangor's roadshow to 'expose the stageplay' of Pakatan Rakyat. The reports also portrayed the Members of Parliament in Konsensus Bebas as being pro-Barisan Nasional.
To avoid speculation, slander and further political muddling, Konsensus Bebas would like to rectify the said reports.
Konsensus Bebas categorically denies the involvement of its Members of Parliament in any roadshow programmes organized by UMNO Selangor.
Konsensus Bebas reiterates that it is an independent political platform comprising of five independent MPs forming a parliamentary bloc that is effective, relevant, independent and pro-rakyat. Konsensus Bebas will not take any sides, whether Government or Opposition.
Konsensus Bebas will always take the independent stance based on the aspirations of the rakyat and the nation. By referring to our debates and stands taken in Parliament, it is obvious that Konsensus Bebas parliamentarians not only criticise the Opposition but also government policies that do not benefit the rakyat.
Hence, Konsensus Bebas requests all parties to allow the opportunity for its parliamentarians to serve the rakyat and the nation, specifically in discharging their responsibilities as Members of Parliament.
Thank you.
YB DATO' SERI ZAHRAIN MOHAMED HASHIM
Member of Parliament for Bayan Baru
YB WEE CHOO KEONG
Member of Parliament for Wangsa Maju
YB TAN TEE BENG
Member of Parliament for Nibong Tebal
YB ZULKIFLI BIN NOORDIN
Member of Parliament for Kulim Bandar Bharu
YB MOHSIN FADZLI SAMSURI
Member of Parliament for Bagan Serai
###
Friday, July 9, 2010
Konsensus Bebas Tidak Terlibat Dalam Program UMNO Selangor
KENYATAAN MEDIA
untuk edaran segera
Tarikh: 9 Julai 2010
KONSENSUS BEBAS TIDAK TERLIBAT DALAM PROGRAM UMNO SELANGOR
Konsensus Bebas merujuk kepada laporan akhbar internet The Malaysian Insider bertarikh 8 Julai 2010 bertajuk “Umno Selangor: Zahrain, Zul Noordin antara sertai roadshow" dan akhbar cetak The Star bertarikh 9 Julai 2010, berhubung dakwaan UMNO Selangor bahawa YB Dato’ Seri Zahrain Mohamed Hashim dan YB Zulkifli Noordin, ahli Parlimen Konsensus Bebas akan menyertai “roadshow” anjuran UMNO Selangor.
Laporan tersebut memetik Ketua Penerangan UMNO Selangor sebagai berkata bahawa dua anggota Konsensus Bebas akan menyertai program jelajah UMNO Selangor untuk mendedahkan “sandiwara” Pakatan Rakyat. Laporan tersebut juga menggambarkan seolah-olah Ahli Parlimen Konsensus Bebas adalah pro-BN.
Bagi mengelakkan spekulasi, fitnah dan kekeruhan politik, Konsensus Bebas ingin membuat pembetulan mengenai laporan tersebut.
Konsensus Bebas menafikan sama sekali penglibatan ahli-ahli Parlimen Konsensus Bebas dalam program jelajah yang dianjurkan oleh UMNO Selangor.
Konsensus Bebas adalah satu wadah politik bebas yang dianggotai oleh lima ahli Parlimen bebas untuk membentuk satu blok suara parlimen yang efektif, relevan, bebas serta pro-rakyat. Konsensus Bebas tidak akan menyebelahi mana-mana pihak, baik parti kerajaan mahupun parti pembangkang.
Konsensus Bebas akan sentiasa berpendirian bebas berasaskan kepada aspirasi rakyat dan negara. Jika dirujuk kepada perbahasan atau pendirian-pendirian kami di Parlimen, adalah sangat jelas bahawa Ahli-Ahli Parlimen Konsensus Bebas bukan hanya mengkritik pembangkang malahan juga mengkritik dasar-dasar kerajaan yang salah dan tidak menguntungkan rakyat.
Oleh yang demikian, Konsensus Bebas meminta semua pihak untuk memberi peluang kepada Ahli Parlimen Konsensus Bebas untuk berbakti dan berkhidmat kepada rakyat dan negara, khususnya dalam menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen.
Terima kasih.
YB DATO' SERI ZAHRAIN MOHAMED HASHIM
Ahli Parlimen Bayan Baru
YB WEE CHOO KEONG
Ahli Parlimen Wangsa Maju
YB TAN TEE BENG
Ahli Parlimen Nibong Tebal
YB ZULKIFLI BIN NOORDIN
Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu
YB MOHSIN FADZLI SAMSURI
Ahli Parlimen Bagan Serai

Thursday, July 8, 2010
Teks soaljawab ketika membahas Rang Undang-Undang Mahkamah Rendah (Pindaan 2010) di Dewan Rakyat
Tindakan Suruhanjaya Sekuriti Mengugut Wartawan Amat Tidak Beretika dan Tidak Boleh Diterima Umum
Tuan Yang Di-Pertua,
Kita semua maklum mengenai siri siasatan Suruhanjaya Sekuriti (SC) yang agak ganas dan keras keatas empat orang ‘business reporter’ (dengan izin) berhubung laporan akhbar berkenaan penjualan saham Kenmark Industrial Co (M) Bhd.
Nampak nyata dalam isu penyiasatan yang dianggap terlampau ini, Suruhanjaya Sekuriti telah melampaui batas dan menyalahgunakan Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 khususnya Seksyen 134 dan cuba menakut dan mengancam wartawan professional daripada menjalankan tugas mereka tanpa sebarang gangguan. Timbul juga persoalan, kenapa SC bertindak sebagai samseng dan menidakkan hak wartawan-wartawan terbabit.

Soalan Parlimen: Pemerkasaan koperasi sebagai wahana pembangunan ekonomi
SOALAN: Dato' Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru) minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan apakah Kerajaan bercadang untuk memperkasakan koperasi-koperasi sebagai wahana pembangunan ekonomi khususnya di luar bandar dan setiap daerah diwujudkan koperasi rakyat dengan dana dibiayai oleh Kerajaan.
Wednesday, July 7, 2010
Soalan Parlimen: Kontrak penswastaan untuk mengambil alih operasi tol jalan
SOALAN: Tuan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) minta Perdana Menteri menyatakan sama ada Kementerian telah meluluskan satu kontrak penswastaan kepada Asas Serba Sdn Bhd atau syarikat untuk mengambil alih operasi tol jalan daripada PLUS (serta) memohon Kementerian memberi syarat-syarat penting di dalam kontrak tersebut dan sama ada kontrak dianugerahkan secara tender terbuka kepada syarikat tersebut.
Soalan Parlimen: Pecahan per kapita dalam 10 tahun yang disasarkan
SOALAN: Dato' Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru) minta Perdana Menteri menyatakan bahawa berikutan pelaksanaan Model Baru Ekonomi, apakah pecahan (breakdown) per kapita di dalam jangka masa sepuluh tahun ini yang disasarkan untuk Melayu, Bumiputera (Sabah & Sarawak), Cina dan India.
Monday, July 5, 2010
Soalan Parlimen: Penyeludupan rokok
SOALAN: Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri (Bagan Serai) minta Menteri Kewangan menyatakan:
- Apakah langkah-langkah untuk mengatasi aktiviti penyeludupan rokok yang berleluasa; dan
- Berapakah jumlah tangkapan dan nilai rampasan bagi tahun 2008 hingga kini.
Thursday, July 1, 2010
Soalan Parlimen: Garis panduan untuk menentukan kategori sekolah
SOALAN: Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri (Bagan Serai) minta Menteri Pelajaran menyatakan apakah garis panduan yang diguna pakai oleh Kementerian untuk menentukan sama ada sesebuah sekolah itu dikategorikan sebagai sebuah sekolah bandar atau luar bandar.
Subscribe to:
Posts (Atom)